Thursday, December 8, 2016
PETANI MOGOK DI KAWASAN TIMBALAN MENTERI..... APA DAH JADI
Date - December 08, 2016
politik
Kadangkala ada ketika arahan kerajaan tidak dipatuhi seperti dalam kes pemotongan gred padi bagi pesawah di kawasan Hilir Perak.
Akibat dari keadaan ini tentulah petani merasakan kerajaan tidak prihatin masalah yang mereka hadapi sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Inilah yang berlaku apabila Syarikat Padi Beras Nasional Berhad atau BERNAS mewenang-wenangnya memotong gred padi terlalu tinggi sehingga menjejaskan sumber pendapatan petani.
Ekoran dari itu satu bantahan awam dibuat apabila kira-kira 500 orang petani dan keluarga mereka mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang beras BERNAS Simpang Ranggam, Kampung Gajah baru-baru ini.
Yang ironi demonstrasi petani berlaku pula di kawasan yang diwakili ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga Timbalan Menteri Pertanian (MOA). Tentu saja umum boleh menaruh rasa hairan seolah-olah timbalan menteri yang portfolio mengenai pertanian tidak berbuat sesuatu mengatasi masalah ini.
Turut tampil keciwa dengan sikap BERNAS tentulah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, yang juga ADUN Sungai Manik (dalam parlimen Pasir Salak).
Kebanyakkan petani terlibat adalah pengundi berdaftar yang pernah memberikan undi kepada kedua-dua calon BN ini.
Serentak dengan itu kepada isu sama, Zainol meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat isu itu dengan lebih serius. Katanya kerajaan negeri Perak memandang serius perkara itu apabila isu berkenaan dibangkitkan di dalam mesyuarat mingguan Exco.
“Sesuatu mesti dilakukan demi kehidupan petani dan keluarga mereka yang bergantung kepada sumber hasil padi sebagai pendapatan,” katanya.
Untuk rekod pihak BERNAS memotong gred padi sehingga 55 peratus.Lazimnya pemotongan melibatkan gred antara 20 – 35 peratus apabila mereka menjual padi kepada BERNAS.
“Tapi ini sampai 55 peratus…lebih daripada separuh jumlah berat..kesannya, pendapatan petani akan merosot dan tak mampu menampung kos penanaman yang telah mereka keluarkan...tentulah mereka marah.
“Sebagai ADUN Sungai Manik yang sebahagian besar penduduk terlibat dengan penanaman padi juga mendapat keluhan dan rungutan sama seperti yang berlaku pagi tadi, saya memahami apa yang mereka luahkan,” ujar beliau.
Ketika diaju soalan ini kepada Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata, BERNAS telah diarah melakukan semakan semula padi-padi yang dijual petani di Seberang Perak serta mempertimbang untuk menurunkan pemotongan.
Untuk rekod beliau pernah mengingatkan pengilang dan pembeli padi berlesen supaya tidak boleh mewenang-wenangnya memotong gred padi kerana ia boleh menyebabkan pesawah mengalami kerugian.
Sebaliknya, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
SUMBER : AD
Share this
Related Articles :
MENGAPA HARGA PETROL NAIK.....?Harga petrol naik kerana harga minyak bertapis naik, walaupun harga minyak mentah turun, kata Barisan Nasional hari ini. Pasukan komun ...
Baitulmuqaddis hendaklah secara sah jadi ibu negara PalestinPertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ib ...
RAKYAT PULAU PINANG PERLU TANGGUNG DEFISIT RM 200 JUTA MBPP....?Rakyat Pulau Pinang akan terbeban dengan peningkatan kadar saman atau apa sahaja dirasakan perlu untuk menambah sumber pendapatan kepa ...
Kajian INVOKE Buktikan Parti BN Paling Dipercayai RakyatKajian Invoke ini digunakan sebagai salah satu platform untuk mengutip data khususnya sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap po ...
PENYAMUN EZAM KOTAK YANG PERLU ANDA TAHU...Sebelum menyertai PPBM Ezam telah diyakinkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM Setiawangsa dan juga Pengerusi PP ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
Akademi Perkeretaapian Indonesia (API) bercadang untuk mengembangkan kolaborasi dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menghant...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment