Home /
rapid /
PELANCARAN RAPID MANJUNG – KERJASAMA NBOS OLEH NCIA, PRASARANA DAN KERAJAAN NEGERI PERAK
Friday, March 16, 2018
PELANCARAN RAPID MANJUNG – KERJASAMA NBOS OLEH NCIA, PRASARANA DAN KERAJAAN NEGERI PERAK
Date - March 16, 2018
rapid
Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir hari ini melancarkan perkhidmatan bas awam Rapid Manjung, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bas awam dalam bandar di daerah Manjung, yang efisien dengan harga tambang yang berpatutan.
Inisiatif Rapid Manjung telah dirangka berpandukan aspirasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melalui kerjasama antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Dua laluan khas akan diwujudkan meliputi laluan 101: Bandar Manjung - TLDM Lumut; dan 102 – Manjung City Loop, melibatkan kawasan pasar raya, bangunan kerajaan, hospital, sekolah, kawasan rekreasi serta kawasan kediaman di daerah Manjung. Rapid Manjung adalah perkhidmatan bas kedua yang diperkenalkan melalui kolaborasi dengan pihak NCIA dan pihak berkuasa tempatan selepas Rapid Kamunting, yang mula beroperasi pada tahun 2016.
Rapid Manjung adalah perkhidmatan bas henti-henti kedua yang dikendalikan oleh Prasarana melalui anak syarikatnya, Rapid Bus Sdn Bhd selepas Rapid Kamunting, yang diperkenalkan pada bulan Mac, 2016 untuk perkhidmatan sekitar bandar Taiping dan Kamunting.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Encik Mohd Azam Omar berkata Rapid Manjung mula beroperasi 1 Mac 2018 dengan 10 buah bas dan meliputi jarak 22 km dari Bandar Manjung ke Lumut dan laluan Manjung City Loop sepaniang 31 km dengan purata kekerapan 45 minit untuk satu perjalanan. Perkhidmatan bas ini juga akan memudahkan jaringan perhubungan masyarakat khususnya sekitar daerah Manjung. Orang awam berpeluang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Manjung secara percuma sebulan sehingga 31 Mac 2018.
“Pendekatan ini akan memberi peluang kepada orang ramai merasai perkhidmatan Bas Rapid Manjung yang efisien, kondusif dan selesa. Justeru, kami percaya dengan sistem pengangkutan yang efisien ini akan menjadi perintis kepada pertumbuhan sosio-ekonomi disekitar daerah Manjung,” kata Encik Mohd Azam.
Pengenalan perkhidmatan ini dijangka mampu menjadi rangka strategik dalam usaha menyediakan jaringan perhubungan yang bersepadu serta dapat menghubungkan sesebuah kawasan ke kawasan lain menerusi inisiatif-inisiatif yang akan diwujudkan melalui nod pertumbuhan di daerah ini.
Bersama majlis pelancaran ini, ‘Program Jelajah UtaraKU Blueprint 2.0’ turut diadakan untuk menyebarkan maklumat mengenai Rangka Tindakan Pembangunan NCER 2016-2025 (Blueprint 2.0) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri tahun lalu.
Program ini merupakan satu platform baru bagi NCIA dalam usaha memastikan setiap lapisan rakyat mendapat maklumat serta penjelasan yang terperinci berhubung perancangan pembangunan di NCER. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat termasuklah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin belia tempatan mengenai pelan pembangunan NCER yang terkandung dalam Blueprint 2.0.
Pendedahan yang diberikan ini dapat membawa limpahan manfaat kepada masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sedia ada dan seterusnya memastikan tiada kelompok masyarakat yang dipinggirkan dalam arus pembangunan selaras dengan tema ‘Pertumbuhan Berteraskan Kesaksamaan Sosial’.
Menurut Datuk Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA, inisiatif-inisiatif di dalam Blueprint 2.0 telah diolah dan diselaraskan supaya lebih sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, dan memberi penumpuan kepada pembangunan yang inklusif agar membawa pembangunan kepada kumpulan sasaran makro, mikro malah tahap akar umbi jua. “Program ini dilancarkan dengan kesedaran bahawa dalam memastikan rakyat terus makmur, NCER mesti melangkah ke hadapan dengan semangat serta iltizam yang tinggi”, ujar beliau.
Pembangunan nod pertumbuhan dijangka dapat menjadi pemangkin serta mampu memberikan kesan limpahan kepada kawasan sekelilingnya. Nod pertumbuhan Manjung-Aman Jaya Maritime City terletak di daerah Manjung yang kaya dengan hasil laut. Kedudukan nod pertumbuhan ini yang strategik berpotensi mewujudkan industri maritim yang berpendapatan tinggi dan menjadi pusat ekonomi yang berdaya saing. Manjung-Aman Jaya Maritime City dijangka akan menyumbangkan RM22.5 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan sebanyak 35,310 peluang pekerjaan di kalangan penduduk setempat. “Perkhidmatan pengangkutan bas awam merupakan salah satu projek “quick-win” yang terdapat di dalam kajian Manjung-Aman Jaya Maritime City”, tambah Datuk Redza.
Bagi memastikan pembangunan yang seimbang diwujudkan di negeri ini, NCIA juga terus komited dalam merencana pembangunan Wilayah Perak Selatan (WPS). Kini, perbincangan awal diadakan bagi menyokong dan membangunkan infrastruktur sokongan di Bagan Datuk Water City (BDWC) dan Perak Heavy Industrial Park (PHIP) terus dijayakan sebagai projek pemangkin ekonomi di WPS.
NCIA juga sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai. Pulau Pangkor berupaya memberi lebih banyak pilihan kepada para pelabur dan menarik kemasukan Foreign Direct Investment (FDI) dan Domestic Direct Investment (DDI) ke negeri Perak. NCIA dan Kerajaan Negeri sedang merangka pelan pembangunan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai di samping memastikan kelestarian hidup penduduk tempatan sentiasa terjamin.
Di samping taklimat berkaitan Blueprint 2.0, program pada kali ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Mewarna yang akan disertai oleh seramai 100 kanak-kanak KEMAS di daerah Manjung dan penyerahan sumbangan beg sekolah oleh YAB Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir.
Share this
Related Articles :
Kumpulan Terakhir Staf Prasarana Berlepas ke Mekah untuk Operasi MMMSL #MekkahMetroKumpulan terakhir staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) seramai 53 orang untuk menyokong operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugadda ...
SUSPEK KES CABUL BERJAYA DI TANGKAPSeorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam LRT telah berjaya ditangkap oleh an ...
SPRM, Prasarana jalin kerjasama sebar luas mesej anti rasuah Dalam usaha mendekati serta mengajak rakyat memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ...
DELEGASI 49 KAPTEN TREN BERLEPAS KE MEKAH UNTUK OPERASI TREN HAJI MMMSLPersiapan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi mengendalikan operasi perkhidmatan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metr ...
Indri, Amalia Bukan Cewek Biasa dari Jakarta Indri Yulia Erlanita dan Amalia Hasanah Nur Ahlina bukan sebarang cewek dari Jakarta, Indonesia. Dua dara pingitan ini adalah pemandu ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment