Tuesday, January 3, 2017
DATUK BAHRI MOHD ZIN (SPRM) DAH KANTOI......
Date - January 03, 2017
politik
Politik Malaysia memang menarik dan unik, Untuk mencari perhatian buat ajelah kenyataan yang kurang bijak serta menyembunyikan fakta yang ada. Kononnnya nak dedahkan gejalah rasuah namun diri sendiri pulak terlodeh.
1. Cerita peletakan jawatan Bahri Mohd Zin bukan baru. Cerita ini sudah berlaku Julai tahun lalu. Sebelum pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau legasi bakal berakhir.
2. Admin dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak usaha itu tidak berjaya. Admin sejak beberapa bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.
3. Tentunya kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta puak puak dalam SPRM sudah berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas.
4. Dzulkifli pastinya memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan. Ternyata Datuk Azam Baki mengisi peninggalan Dato' Sri Shukri itu. Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut arahannya. Beliau juga mesti membuang segala duri dalam daging di SPRM.
5. Ini yang ditakuti oleh puak puak Shukri dan Bahri. Pembersihan puak-puak ini sudah dilakukan.
6. Beranikah para pegawai SPRM meletak jawatan? Ternyata lambat atau cepat kini ia sudah dilakukan 3 Januari 2017. Betapa penakutnya Bahri Mohd Zin yang memang agen Pembangkang sejak bersama Dato Sri Shukri dulu.Wayang semakin jelas!
7. Sebelum ini pada 24 JUN 2016 Rafizi mendedahkan bersekongkol dengan SPRM dalam beberapa kes. Bukti dan tindakan beberapa pegawai kanan SPRM yang bias bukanlah baru. Banyak perkara dan tindakan SPRM pro kepada pembangkang sebelum ini. Tindakan pegawai SPRM membocorkan maklumat kepada pihak luar sehingga melibatkan penahanan polis jelas membuktikan SPRM bersekongkol dengan pembangkang.
8. Ini termasuk pengakuan Kenyataan Media Rafizi dan Akmal melalui National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada 23 Jun jelas dan terang Rafizi mengaku betapa Pegawai Kanan SPRM sentiasa bersekongkol dengan pembangkang. antaranya;
"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM #berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini."
"Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM.
9. Jadi tidaklah menghairan jika Datuk Bahri Mohd Zin yang kecewa membuat kenyataan ketika persaraan beliau. Sandiwara Datuk Bahri Zin muncul semula. Kemana beliau selepas ini? Jadi pembangkang? sama-sama tunggu.
10. Kenyataan Bahri dalam portal Malaysiakini wajar disiasat kerana boleh dilihat memfitnah SPRM dan kerajaan. Walaubagaimanapun Kenyataan SPRM hari ini selepas menghubungi Datuk Bahri menafikan mengeluar kenyataan memburukkan SPRM dan menyatakan persaraannnya berkuatkuasa 30 Disember 2016. Jika benar Bahri tidak berkata demikian wajar Bahri menyaman portal itu demi membersihkan namanya.
sumber Captain M.
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Lepas Hina Bugis, Mahathir Hina Pula Mantan Sudah menjadi satu “exit strategy” bagi Mahathir untuk mengecam pihak lain bila dia dan partiny...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
-
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari gender perempuan yang suk...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment