Friday, April 28, 2017
Mahathir Gagal Saman Najib, Diperintah Mahkamah Bayar RM30,000
Date - April 28, 2017
politik
1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.
3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.
4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.
5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.
6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Bermula 15 November 2017 Rapid KL telah menjalankan operasi secara besar-besaran bagi mengesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid dikalangan...
-
Lebih setengah juta pengguna perkhidmatan MRT, LRT, monorel, dan BRT Rapid KL sedia ada dan puluhan ribu pengguna baharu dijangka menikmati ...
-
Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir hari ini melancarkan perkhidmatan bas awam Rapid Manjung, yang menawarkan...
Powered by Blogger.

0 comments
Post a Comment