Monday, August 14, 2017
Elak sesak, jom naik LRT ke Bukit Jalil @MyRapidKl @KhairyKJ
Date - August 14, 2017
rapid
Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil di sini susulan daripada penutupan kawasan parkir di Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, penggunaan pengangkutan awam seperti bas RapidKL dan Transit Aliran Ringan (LRT) dapat membantu mereka ke lokasi tanpa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan kawasan parkir.
“Ini adalah usaha kita menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan mereka ke lokasi pertandingan dengan tidak perlu memikirkan soal tempat letak kereta dan sebagainya.
“Saya ingin mengumumkan tempat meletak kereta di Kompleks Sukan Bukit Jalil ditutup kepada orang ramai. Hanya di Selangor Turf Club sahaja dibuka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan penggunaan LRT ke Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 pada 9 Ogos ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau selepas itu merasmikan stesen LRT Bukit Jalil berwajah baharu yang menampilkan tema sukan pada hiasan bangunan berkenaan khas sempena Sukan SEA yang ke-29 ini serta Panduan Perjalanan Pengguna Rapid KL.
Panduan perjalanan tersebut boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi Sukan SEA 2017, Kementerian Belia dan Sukan dan media sosial Rapid KL.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. Datuk Ir Zohari Sulaiman.
Share this
Related Articles :
OPERASI TREN HAJI Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line MMMSL LANCARLebih 330,000 jemaah haji telah menggunakan perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line MMMSL setakat jam 1 ...
#MRT MAMPU KURANGKAN KENDERAAN SEBANYAK 160,000 #JomNaikMRT #GreaterKLMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari ...
Indri, Amalia Bukan Cewek Biasa dari Jakarta Indri Yulia Erlanita dan Amalia Hasanah Nur Ahlina bukan sebarang cewek dari Jakarta, Indonesia. Dua dara pingitan ini adalah pemandu ...
RAPID KL PERKENAL BAS PERANTARA KHAS SOKONG PERKHIDMATAN MONOREL Rapid KL hari ini memulakan perkhidmatan bas perantara khas bagi pada waktu puncak bagi menyokong perkhidmatan monorel, yang beroperas ...
Tukar Kad #MyRapidTukar kad MyRapid anda untuk perjalanan lebih lancar di Stesen LRT, Monorel, BRT dan MRT. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment