Tuesday, March 27, 2018
PENGGUNA PUJI POLIS BANTUAN RAPID FERRY
Date - March 27, 2018
rapid
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruhan memberikan impak positif kepada perkhidmatan berkenaan berdasarkan satu kajiselidik yang dijalankan sebagai persiapan sebelum beroperasi secara rasmi.
Dalam kaji selidik ‘Kepuasan Pelanggan terhadap Perkhidmatan Feri’, yang diadakan selama 7 hari bermula 2 Mac secara atas talian sepenuhnya, perkhidmatan Polis Bantuan yang disediakan mendapat tahap kepuasan pelanggan paling tinggi berbanding faktor-faktor lain pada kadar catatan 67%.
Kajian selidik itu turut menunjukkan kekerapan feri serta maklumat perjalanan feri sebagai faktor yang mendapat tahap kepuasan pelanggan paling rendah. Responden juga dilihat tidak meletakkan jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap faktor- faktor tersebut dan hampir menyamai tahap kepuasan pelanggan. Ia juga menunjukkan perkhidmatan bas Rapid Penang memainkan peranan penting di mana lebih daripada 66% pejalan kaki menggunakan bas sebagai perantara untuk perkhidmatan Feri.
Kaji selidik berkenaan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dengan 994 responden memberi maklum balas dalam tempoh seminggu ia dijalankan.
Bagi menggalakkan penglibatan dalam kaji selidik itu, para responden berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah, yang disediakan oleh Rapid Ferry. Tiga pemenang bertuah yang terpilih adalah Puan Normardiana Kamaruddin, Encik Darma Sillan dan Encik Soh Kheng Siang.
Share this
Related Articles :
FASA KEDUA MRT ANTARA KAJANG DAN MUZIUM NEGARA DIBUKA PADA 4 PETANG, 17.07.2017Fasa Kedua Laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai 4 petang pada 17 Julai 2017, selepas majlis ...
50,000 PEKERJAAN DISEDIAKAN OLEH PRASARANA @MyRapidKL @PrasaranaCEO @CEOrapidrailPrasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menjangkakan industri rel tempatan memerlukan kira-kira 50,000 pekerja dalam tempoh 10 tahun akan ...
PRASARANA PERMANTAPKAN PERAKUAN BERSUMPAH UNTUK PERKASA INTEGRITIDato’ Sri Azmi Abdul Aziz menerima watikah Ikar Bebas Rasuah daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Turut di gambar ...
#MRT MAMPU KURANGKAN KENDERAAN SEBANYAK 160,000 #JomNaikMRT #GreaterKLMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari ...
Elak sesak, jom naik LRT ke Bukit Jalil @MyRapidKl @KhairyKJ Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil di sini susulan daripada penutupan kawasa ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment