Wednesday, October 4, 2017
Rapid KL ubah tiga laluan bas di Cheras
Date - October 04, 2017
rapid
Rapid Bus, operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL melakukan perubahan kecil atau 'tweaking' untuk tiga laluan di kawasan Cheras bagi manfaat pengguna.
Laluan berkenaan adalah di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd Azam Omar, berkata pelarasan bagi laluan bas 400, 401 dan 450, yang turut menjadikan Stesen MRT Taman Mutiara sebagai salah satu dari perhentiannya, bermula pada 22 September lalu juga dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan penumpang.
"Secara peribadi, saya bersedia untuk melakukan apa jua 'tweaking' dan meluaskan kawasan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
"Bagaimanapun, kami mempunyai kekangan sendiri termasuk laluan yang tidak sesuai untuk perjalanan bas yang lancar, bilangan bas dan kapten bas sedia ada, selain kepentingan operator lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, katanya, semua permintaan Rapid KL perlu dibuat dengan teliti dengan menimbang banyak faktor, termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan, khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memiliki kuasa mutlak dalam meluluskan apa juga perubahan, kawasan perkhidmatan dan tambahan laluan bas.
"Rapid Bus sentiasa bersikap terbuka bagi sebarang cadangan seperti saranan daripada penduduk Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.
"Namun, dalam membuat kajian terhadap saranan berkenaan, saya berharap pengguna juga melihat perkara itu daripada perspektif kami," katanya.
Share this
Related Articles :
FASA KEDUA MRT ANTARA KAJANG DAN MUZIUM NEGARA DIBUKA PADA 4 PETANG, 17.07.2017Fasa Kedua Laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai 4 petang pada 17 Julai 2017, selepas majlis ...
PRASARANA PERMANTAPKAN PERAKUAN BERSUMPAH UNTUK PERKASA INTEGRITIDato’ Sri Azmi Abdul Aziz menerima watikah Ikar Bebas Rasuah daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Turut di gambar ...
PERKHIDMATAN LRT, MRT, MONOREL DIPERAKUI BERKELAS DUNIA DENGAN SIJIL ISO9001:2015 Perkhidmatan LRT, MRT dan monorel, yang dikendalikan Rapid Rail Sdn Bhd – hari ini menerima persijilan ISO terkini daripada SIRIM QAS ...
Prasarana @MyRapidKL , LTA dilantik syarikat infrastruktur RTS JB-SingapuraMalaysia dan Singapura akan melantik syarikat infrastruktur (InfraCo) masing-masing untuk membiayai, membina, memiliki, menyelenggara ...
Kumpulan Terakhir Staf Prasarana Berlepas ke Mekah untuk Operasi MMMSL #MekkahMetroKumpulan terakhir staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) seramai 53 orang untuk menyokong operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugadda ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Lepas Hina Bugis, Mahathir Hina Pula Mantan Sudah menjadi satu “exit strategy” bagi Mahathir untuk mengecam pihak lain bila dia dan partiny...
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari gender perempuan yang suk...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment