Tuesday, November 21, 2017

SUDAHLAH TUN M JANGAN BUAT KERJA BODOH.....


Lepas Hina Bugis,  Mahathir Hina Pula Mantan
Sudah menjadi satu “exit strategy” bagi Mahathir untuk mengecam pihak lain bila dia dan partinya berhadapan dengan sesuatu masalah. Bila tidak ramai orang hadir berdemonstrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Mahathir menghina etnik Bugis.

Bila berhadapan dengan masalah partinya yang berkemungkinan diharamkan, Mahathir bertindak menghina pula bekas bekas Perdana Menteri yang terdahulu. Mahathir kata mereka itu lebih kejam dan bengis.

Semalam, Mahathir kata Tunku Abdul Rahman dan arwah bapa Datuk Seri Najib, Tun Razak sebagai “lebih bengis’ daripadanya. Tuduhan yang sama sekali tidak masuk akal kerana semua rakyat Malaysia tahu keperibadian Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, tidak seperti yang dituduh oleh Mahathir.

Dalam satu sesi khas bersama anak muda di Petaling Jaya semalam,  Mahathir ditanya soalan mengenai Akta ISA. Mahathir menjawab soalan itu dengan menjawab

selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, dia hanya menangkap seramai 1,200 orang sahaja berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menangkap lebih ramai orang.

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya.

Mahathir mudah lupa sebenarnya. Lupa pada sejarah, yang akta ISA ketika zaman Perdana Menteri sebelumnya digubal untuk menangkap dan mengekang gerakan subversif Parti Komunis Malaya, PKM pada ketika itu. Akta itu digunakan untuk menjaga ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Ketika berucap dalam program yang turut disertai oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Mahathir kata Perdana Menteri terdahulu itu  adalah jauh lebih bengis daripada dirnya kerana tangkap lebih ramai orang di bawah ISA.

"Ni saya kurang faham kerana apa yang saya lakukan dan apa yang dilakukan mereka. Kenapa mereka tak dijadikan sasaran bahkan mereka (Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Tun Hussein Onn) lebih bengis dari saya," kata Mahathir semalam.

Di Dewan Rakyat bertarikh 21 Jun 1960, Allahyarham Tun Razak berkata bukan niat kerajaan untuk sesuka hati menangkap seseorang individu tetapi ia adalah satu kemestian untuk mengawal keamanan dalam negara.

"Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa digunakan kuasa ini.

"Apabila seseorang itu telah ditahan, kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera," kata Tun Abdul Razak.

Ia berbeza pada zaman Mahathir,  ramai yang menjadi mangsa tangkapan ISA adalah mereka yang bukannya terbabit dengan kegiatan ancaman komunis tetapi mereka yang aktif dalam politik.

28 Oktober lepas, ada badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir memohon maaf kerana menahan 106 orang di bawah ISA dalam Ops Lalang. Mahathir enggan juga mohon maaf. Masih tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Ego Mahathir cukup besar, dia tidak akan mengaku salahnya sendiri.

Tindakan Mahathir semalam yang menyatakan Tunku Abdul Rahman,  Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn adalah lebih bengis daripadanya adalah tindakan Mahathir yang cukup memalukan. Tidak boleh jawab mengenai soalan ISA, bekas bekas Perdana Menteri yang sudah meninggal dunia pula dipersalahkan.

Dalam tulisan terbarunya, Mahathir menuduh Najib tidak ingat akhirat. Sebenarnya yang tidak ingat akhirat ini adalah orang yang menulis itu sendiri iaitu Mahathir. Robert Mugabe, Presiden Zimbabwe tua setahun dari Mahathir iaitu 93 tahun. Mugabe sudah disingkirkan sebagai Presiden di Zimbabwe.

Sebelum ini  Mugabe adalah ahli politik paling tua di dunia. Kini rekod itu disandang oleh Mahathir, Pengerusi PPBM yang berusia 92 tahun diikuti oleh Beji Caid Essebsi, Presiden Tunisia yang berusia 91 tahun dan Kim Yong Nam, Pengerusi Presidium of the Supreme People's Assembly di Korea Utara yang berusia 89 tahun.

Kerana hendak menjatuhkan Najib, semua orang dan etnik bangsa dihina oleh Mahathir. Arwah Tun Razak pun dikatakan bengis dan kejam oleh Mahathir. Tidak dapat anak, arwah bapa pun menjadi sasaran Mahathir. Apa sudah jadi pada Mahathir? Kerana agenda peribadi, Mahathir sanggup buat apa sahaja.

0 comments

Post a Comment