Thursday, December 14, 2017

Bunuh diri dipaksa kahwin bekas kakak ipar



SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun di daerah Gaya, negeri Bihar, India, membunuh diri dua hari selepas dipaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya selepas abangnya meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Mahadev Das menggantung dirinya semalam, selepas dipaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya, Ruby Devi, 25.
Abang remaja itu, Santosh Kumar Das (bekas suami Ruby) meninggal dunia akibat terkenan kejutan elektrik pada 2013.
Indian Express melaporkan, pegawai polis Deputi Superintendan Manish Kumar, berkata tiada nota membunuh diri namun menurut jiran, remaja itu enggan mengikut arahan keluarganya berkahwin dengan bekas isteri abangnya itu yang menjaganya sejak kecil.
“Mahadev menganggap kakak iparnya itu seperti ibu kerana menjaganya sejak kecil.
“Wang pampasan Rs 80,000 rupee (RM5,080) kematian abangnya menjadi punca dia dipaksa kahwin.
Menurutnya, keluarga Santosh menerima pampasan daripada syarikat tempatnya bekerja.
Hindustan Times melaporkan, bapa Santosh, Chandreshwar Das, berkata ibu bapa Ruby mahukan semua wang pampasan itu sebagai bayaran ganti rugi wang hantaran perkahwinan.
“Saya sudah memberi Rs 27,000 (RM1,714) kepada Ruby dan memberi jaminan akan memberikan selebihnya.
“Namun mereka masih mendesak, sama ada memberi baki wang itu akan mengahwinkan anak saya dengan Ruby,” katanya.
Polis kini sedang menyiasat kes itu dan keluarga terbabit boleh didakwa kerana terbabit dalam perkahwinan kanak-kanak.

0 comments

Post a Comment