Monday, October 23, 2017
APAHAL RM1.00 PUN NAK BISING KE...?
Date - October 23, 2017
politik
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Timbalan Menterinya, YB Datuk Aziz Kaprawi telah membentangkan bacaan kedua RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 bagi meningkatkan keberkesanan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Akta 711.
RUU ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa MAVCOM akan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi secara berterusan bagi melindungi hak dan kepentiangan pengguna dan pembangunan industri penerbangan di Malaysia.
Secara mudahnya, salah satu daripada pindaan ini yang akan melibatkan pengguna adalah mengenai caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi perkhidmatan yang dikenakan oleh MAVCOM ini.
Sebelum ramai nak komplen tentang penambahan caj ini, eloklah kita lihat dahulu sebelum ini yang mana bagi penubuhan MAVCOM, Kerajaan telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM90 juta untuk dua tahun pertama.
Dengan pindaan ini, dana awam sebanyak RM90 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk MAVCOM kini dapat disalurkan kepada tempat-tempat lain yang lebih memerlukan. Hanya mereka yang benar-benar menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia sahaja yang perlu membayar caj terhadap perkhidmatan yang disediakan MAVCOM berbanding dana awam yang melibatkan kepentingan semua rakyat Malaysia.
Namun begitu, ahli parlimen pembangkang bertindak untuk membantah pindaan ini atas alasan membebankan pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Mungkin mereka merasakan apa yang dikenakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai caj cukai katil sebanyak RM3.00 tidak membebankan pengguna hotel. Mungkin juga mereka merasakan caj tempat letak kereta yang dinaikkan di 290 jalan di sekitar Pulau Pinang tidak membebankan pengguna. Malah, bagi mereka juga peningkatan tarif air di Pulau Pinang juga tidak membebankan rakyat.
Inilah sikap hipokrit ahli parlimen pembangkang yang sering membangkang tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mereka selaku kerajaan negeri juga melakukan peningkatan terhadap caj serta tarif yang sedia ada.
Kita perlu lihat kepada bagaimana RM90 juta yang diberikan oleh kerajaan ini kini dapat digunakan terhadap pembangunan negara dan hanya yang benar-benar menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia perlu membayar caj sebanyak RM1.00 sahaja.
Selain daripada pindaan ini, terdapat beberapa pindaan lain yang memberi kuasa kepada MAVCOM untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengguna daripada segala pengenaan fi dan caj yang tidak adil dan sewenang-wenangnya oleh penyedia perkhidmatan penerbangan seperti caj kerusi roda, caj kad kredit dan fi pentadbiran.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa antara hak-hak yang pengguna penerbangan seperti sekiranya penerbangan tertangguh 2 jam atau lebih, pengguna akan mendapat pampasan seperti makanan, panggilan telefon dan akses internet ataupun sekiranya penerbangan yang tertangguh 5 jam atau lebih, pengguna akan mendapat tambahan pampasan seperti penginapan hotel dan pengangkutan daripada lapangan terbang ke tempat penginapan sementara. (Boleh rujuk kepada laman web MAVCOM di http://www.mavcom.my/en/home/)
Maka, secara mudahnya, pindaan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 ini pada dasarnya akan menguntungkan bukan sahaja pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia malah seluruh rakyat secara amnya apabila peruntukan RM90 juta kini dapat digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sumber
Share this
Related Articles :
TAHNIAH BARISAN NASIONAL LEBIH POPULAR DI MEDIA SOSIALInilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang ...
Urustadbir Mengelirukan- FELDA Berisiko Hilang Hak Tanah Jalan SemarakFELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia ...
DATUK BAHRI MOHD ZIN (SPRM) DAH KANTOI......Politik Malaysia memang menarik dan unik, Untuk mencari perhatian buat ajelah kenyataan yang kurang bijak serta menyembunyikan fakta y ...
ANGGAP AJELAH SITI NURHALIZA KURANG CERDIK BAB POLITIKDatuk CT sudah berjaya didalam bidangnya sebagai penyanyi tersohor negara. Yang mengangkat beliau sebagai penyanyi tersohor pun rakyat ...
TIDAK SALAH BUKAN MELAYU JADI KETUA PENGARAH JPJPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa perkara penting melalui Pelan Tindakan Masyarakat India sekali gus mencerm ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment