Monday, November 20, 2017

TUN M KENA LUDAH SENDIRI "MELAYU MUDAH LUPA"


Memang penyakit "tidak tahu" ini digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bila berhadapan dengan sesuatu isu. Bila kantoi hilang RM32 billion, cakap tidak tahu. Bila Sultan Selangor murka kerana menghina etnik Bugis, sampai ke hari ini Mahathir masih buat "tidak tahu".

Malah bila berhadapan dengan masalah parti yang dia buat sendiri pun, Mahathir masih bersikap "tidak tahu" dan menyalahkan ROS.

Diri sendiri yang cuai namun orang lain yang dipersalahkan. Inilah perangai buruk pembangkang yang tidak henti-henti menyalah orang lain bagi mengelakkan diri mereka dipersalahkan. Contoh yang ketara adalah melibatkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Punca sebenar kelewatan pendaftaran PH adalah disebabkan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP mematuhi syarat yang oleh ROS. Namun malangnya, pembangkang menuduh kelewatan itu disengajakan dan dipolitikkan oleh kerajaan.

Sedangkan ROS pernah memberi amaran kepada PPBM mengenai tiga kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Manakala dalam isu DAP pula, parti itu berdepan dengan kemelut pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah sebelum ini dan perlu mengadakan semula pemilihan CEC baru.

DAP sudah lama diberitahu untuk buat pemilihan semula, mereka buat tidak tahu sahaja. Dekat dekat hendak PRU14 baru hendak buat. Itu pun separuh sahaja yang datang.

Namun begitu, selepas se­minggu mengadakan pemilihan semula CEC, parti tersebut masih belum menghantar laporan kepada ROS untuk pengesahan rasmi.

Jadi sebenarnya salah siapa dalam hal ini? Takkan semua kesalahan perlu diletakkan kepada kerajaan walhal dua parti ini telah diberikan peringatan lebih awal lagi sebelum ini.

ROS telah memberikan peringatan kepada PPBM supaya mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kerana jika lambat berbuat demikian, maka ia berdepan pembubaran. Peringatan itu diberikan pada September lalu, iaitu sudah lebih tiga bulan.

Hingga kini PPBM belum mengadakan AGM berkenaan. Malah kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh bahawa parti tersebut telah membuat AGM pada 2 November 2016 adalah tidak tepat.

Ini kerana hanya 12 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang direkodkan hadir sedangkan dalam Fasal 28 perlembagaan parti itu sendiri menyebut bahawa sebarang pindaan perlu dipersetujui tidak kurang daripada dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan agung tahunan atau perhimpunan agung khas.

Kalau 12 dari 30 orang sahaja yang hadir baru 40% yang hadir, tidak cukup 2/3. Apa sudah jadi, 60% lagi sudah hilang kepercayaan pada Mahathir kah?

Ini parti Mahathir Mohamad sendiri. Kenapa beliau tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal. Bukannya tiada peringatan diberikan dan kenapa PPBM tidak mengikut perlembagaan yang mereka sendiri tulis dan buat.

Realitinya, Mahathir lebih sibuk menganjurkan demo kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, malangnya demo berkenaan iaitu anti kleptokrasi yang diadakan di Petaling Jaya pada bulan lepas adalah gagal.

Bukan itu sahaja, Mahathir sendiri berdepan dengan tekanan akibat keceluparan mulutnya yang mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun ketika berucap pada demo berkenaan. Patutnya tumpuan diberikan kepada parti sendiri jika mahu PPBM mengambil bahagian dalam pilihan raya umum nanti.

Dalam isu DAP pula, ROS telah mengarahkan parti itu supaya mengadakan pemilihan semula CEC sejak bulan Julai lagi. Hanya selepas beberapa bulan, barulah pemilihan itu diadakan iaitu pada 12 November lalu.

Pada mulanya DAP membantah tetapi mereka terpaksa akur selepas beberapa kali didesak oleh ROS selepas mendapat aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri.

Jadi dalam isu kelewatan pendaftaran PH ini, pembangkang tidak perlu menuding jari kerana ROS bertindak atas peruntukan yang termaktub dalam undang-undangnya.

Tidak perlulah menuding jari kepada pihak lain. Selesaikan sendiri masalah dalaman mereka dengan segera dan ikutlah peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada adalah untuk diikuti, bukan dipandang sepi.

Usah buat perangai "tidak tahu" dalam hal ini. Undang undang parti sendiri pun mereka tidak mahu patuh apatah lagi janji janji manis mereka kepada rakyat.

Sudah pasti semua janji itu pun mereka akan mungkiri. Jangan percayalah pada pembangkang yang berperangai begini. Rakyat dah lama dah tahu taktik "tidak tahu" ini. Berapa kali hendak tipu rakyat?

0 comments

Post a Comment