Stesen LRT Kelana Jaya akan dibuka semula kepada pengguna pada 6 pagi esok.
Sebahagian besar kerja-kerja membaikpulih bumbung di atas platform telah siap sekitar 6 petang tadi.
Kerja-kerja dihentikan sementara waktu akibat hujan lebat di Kelana Jaya sebentar tadi.
Dalam kejadian yang berlaku semalam, hujan lebat serta angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung stesen berkenaan.
Bertindak atas faktor keselamatan, pihak pengurusan Laluan LRT Kelana Jaya telah menutup sementara stesen ini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan membaikpulih.
Sepanjang penutupan stesen ini, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.
Operasi di stesen-stesen lain di LRT Laluan Kelana Jaya berjalan seperti biasa.
Baki kerja-kerja membaikpulih bumbung stesen di bahagian atas landasan akan bersambung dalam beberapa hari ini, selepas waktu operasi setelah bekalan elektrik di atas landasan ditutup sementara untuk kerja membaikpulih bumbung.
Justeru itu, para pengguna diminta mematuhi arahan dan notis yang ditampal di platform stesen.
Para pengguna diminta menyemak status terkini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya menerusi akaun media sosial facebook.com/myrapid atau twitter @MyRapidKL.
Pihak pengurusan LRT Laluan Kelana Jaya ingin merakamkan penghargaan kepada para pelanggan dan pengguna perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kerana kesabaran dan sokongan padu mereka.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Sunday, March 4, 2018
STESEN LRT KELANA JAYA DIBUKA SEMULA 6 PAGI ESOK
Date - March 04, 2018
rapid
Kemaskini 9.50pm: Station LRT Kelana Jaya kini telah dibuka kepada pengguna.
Share this
Related Articles :
STAF PRASARANA TERUJA KENDALI TREN HAJI MMMSL DI MEKAHPrasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terus menggiatkan usaha sebagai persiapan menjelang bermulanya operasi tren haji Al Mashaaer Al ...
PAK LAH AJAK RAKYAT MALAYSIA TURUN PADANG SOKONG ATLIT NEGARA Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berharap seluruh rakyat Malaysia akan bangkit bersama-sama untuk membe ...
TINDAKAN PANTAS KAPTEN BAS RAPID KL MENGENDALIKAN SITUASI CEMAS DIPUJITindakan pantas kapten bas Rapid KL laluan 772 Pasar Seni - Mah Sing mengendalikan situasi cemas dalam insiden bas terbakar harus dipu ...
PENGGUNA PUJI POLIS BANTUAN RAPID FERRYPara anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara kes ...
Kumpulan Terakhir Staf Prasarana Berlepas ke Mekah untuk Operasi MMMSL #MekkahMetroKumpulan terakhir staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) seramai 53 orang untuk menyokong operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugadda ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment