Monday, October 16, 2017
DIMANA GENG ARMADA SEMASA #KleptokrasiAbahKau
Date - October 16, 2017
politik
Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.
Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.
Ramai yang sembunyi bawah pokok yang redup dan berada sekitar bahagian hadapan Kelab Rekreasi dan Sukan Petaling Jaya dan bukannya di depan pentas ketika pemimpin muda PKR dan PPBM berucap.
Terpaksalah Nik Nazmi bercakap "saya tahu keadaan panas tetapi tuan tuan kena depan sikit. Duduk jauh begini seolah olah ada jurang antara kita".
Waktu Syed Saddiq berucap, langsung tiada orang sorak dan tepuk. Syed Saddiq macam syok sendiri sahaja masa berucap itu.
Anak-anak muda sudah tunjuk mereka tidak mahu sokong lagi agenda peribadi Pengerusi PPBM, Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Mereka sudah tahu siapa yang lebih korupsi dan mengamalkan kleptokrasi.
Orang jual baju pun tidak laku. Ada seorang peniaga baju T untuk perhimpunan itu merungut sepanjang perhimpunan itu hendak jual 25 helai pun susah. Biasanya dalam perhimpunan berkenaan, baju T akan laku dibeli oleh orang muda yang hadir kerana dijadikan koleksi, selain bukti mereka hadir.
"Saya hanya jual baju T saiz L dan XL, orang perut buncit, ke mana anak muda? katanya. Anak muda lebih suka habiskan masa hujung minggu pergi Hari Sukan Negara atau layan bolasepak Liverpool lawan Manchester United.
Aktiviti itu lebih "chill" bagi anak muda berbanding layan ceramah pemimpin pemimpin tua pembangkang di atas pentas. Hanya "recyle" tuduhan yang sama, yang sudah pun dijawab.
Orang hendak tahu sekarang mana hilang RM32 billion masa zaman Mahathir dulu. Orang juga hendak tahu hal derma RM1 billion Mahathir pada DAP. Dua perkara ini masih disembunyi, jawapan tidak diberi. Inilah kleptokrasi.
Selain itu, di restoran makanan segera A&W berdekatan, ketika perhimpunan itu hanya terdapat ramai golongan warga emas dan pertengahan sahaja yang datang makan dan berehat sementara.
Anak anak muda melihat pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat pembangkang. Mereka sudah pun jadi "mainstream" dan menjadi kerajaan di dua negeri.
Bila sudah jadi kerajaan, apa yang PKR dan DAP sudah beri pada anak muda? Banyak berjanji, namun bila sudah berkuasa apa pun tidak diberi. Ini yang anak muda benci.
Tidak lagi kelihatan kelibat anak anak muda dari universiti yang selama ini memeriahkan demo pembangkang. Biarpun jaraknya dekat dengan Universiti Malaya, namun tiada kelibat anak muda dari IPT itu, setelah AUKU membenarkan mahasiswa untuk berpolitik.
Tiada lagi wajah anak anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihanraya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.
Ramai anak muda sudah mulai sedar. Tidak seperti pada zaman reformasi dulu. Mereka yang muda pada zaman reformasi dulu kini menasihatkan balik budak budak yang "baru hendak up" tentang apa yang mereka kena tipu dulu.
Dulu diajak lawan Mahathir bagi pihak peliwat, sekarang mahu diajak berdemonstrasi bagi pihak Mahathir yang sudah berganding bahu dengan peliwat.
Sampai buat solat hajat sekarang untuk bebaskan peliwat. Buat apa anak muda hendak sokong lagi? Ini agenda peribadi semata mata.
Kit Siang berjuang untuk anak dia. Mahathir pun sama untuk anak dan kroni dia. Dulu kata hendak jaga cucu, sekarang tengah malam pun masih hendak ceramah demi anak dan cucu dia.
Hanya orang yang taksub sahaja tidak nampak agenda peribadi Mahathir dan DAP ini. Anak muda yang waras tidak peduli lagi agenda peribadi. Kleptokrasi apa kalau yang berceramah itu penuh dengan agenda peribadi.
Beruang Biru
Share this
Related Articles :
Kedudukan Ringgit Semakin Baik Selepas PAU 2017Perhimpunan Agung UMNO 2017, PAU2017 sudah berakhir pada petang Sabtu yang lepas. Semua perwakilan UMNO dari seluruh negara sudah memb ...
Baitulmuqaddis hendaklah secara sah jadi ibu negara PalestinPertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ib ...
Kajian INVOKE Buktikan Parti BN Paling Dipercayai RakyatKajian Invoke ini digunakan sebagai salah satu platform untuk mengutip data khususnya sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap po ...
Mahathir Gagal Saman Najib, Diperintah Mahkamah Bayar RM30,0001. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Me ...
APAHAL RM1.00 PUN NAK BISING KE...?Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Timbalan Menterinya, YB Datuk Aziz Kaprawi telah membentangkan bacaan kedua RUU Suruhanjaya ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment