Monday, December 18, 2017
POLIS BANTUAN PRASARANA MEMBERKAS 21 DARI 22 SUSPEK KES GANGGUAN SEKSUAL
Date - December 18, 2017
rapid
Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad berjaya memberkas 21 daripada 22 suspek yang terlibat dalam kejadian gangguan seksual yang dilaporkan sepanjang tahun ini.
Di samping itu, Polis Bantuan juga telah menahan 13 suspek kerana disyaki menggangu penumpang di atas pengangkutan awam.
“Salah satu pembelajaran dari kejadian ini adalah, mangsa melaporkan terus kepada Polis Bantuan yang bertugas dan bekerjasama rapat dengan pihak kami untuk menangkap suspek.
Rata-rata suspek berjaya ditangkap selang beberapa hari selepas laporan dibuat.
“Kami memahami kegusaran di kalangan masyarakat seperti maklumbalas yang disuarakan menerusi media social, tetapi perlu diingatkan bahawa kesan daripada penularan di media sosial juga mungkin boleh menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk menangkap suspek," kata Lim Jin Aun, Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana.
Sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang utama, Kumpulan Prasarana menerusi anak-anak syarikatnya membawa lebih daripada sejuta pengguna setiap hari dan tidak terkecuali daripada menghadapi insiden yang tidak diingini.
Walau bagaimanapun, kakitangan operasi dan Polis Bantuan Prasarana komited untuk membantu pelanggan kami sebaik mungkin.
Pada petang 14 Disember, empat kes gangguan seksual berlaku dalam rangkaian rel Rapid KL.
Suspek yang terlibat dalam tiga kes telah ditangkap tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden ini kepada Polis Bantuan yang bertugas di stesen.
Dalam kes keempat, Polis Bantuan telah mengejar suspek apabila dilaporkan oleh mangsa namun suspek berjaya memboloskan diri.
Menurut Lim, pihak Polis Bantuan telah mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menyerahkan rakaman kepada pihak polis bagi membantu untuk menangkap suspek.
“Kami juga telah bertemu dengan mangsa dan memberi jaminan bahawa kejadian itu akan disiasat dengan teliti.
"Kami ingin menyakinkan para penumpang, bahawa Polis Bantuan kami sentiasa mengadakan rondaan sama ada dalam beruniform atau berpakaian preman di sepanjang rangkaian kendalian Prasarana.
"Sekali lagi, kami ingin meminta penumpang yang menjadi mangsa gangguan untuk menghubungi Polis Bantuan secepat mungkin, dan memberikan kerjasama erat kepada kami untuk memberkas suspek.
Perkongsian di media sosial dapat menjana kesedaran di kalangan orang ramai tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu suspek menyembunyikan diri setelah publisiti meluas di layar media sosial.” tambah Lim.
Share this
Related Articles :
Elak sesak, jom naik LRT ke Bukit Jalil @MyRapidKl @KhairyKJ Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil di sini susulan daripada penutupan kawasa ...
TREN 4 GERABAK KL MONOREL KEMBALI OPERASI TIDAK LAMA LAGI Tren 4 gerabak Monorel, yang dihentikan perkhidmatan sejak Mei lepas untuk kerja-kerja mempertingkatkan lagi ciri keselamatan, akan ke ...
Rapid KL ubah tiga laluan bas di CherasRapid Bus, operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL melakukan perubahan kecil atau 'tweaking' untuk tiga laluan di kawasan Chera ...
PAK LAH AJAK RAKYAT MALAYSIA TURUN PADANG SOKONG ATLIT NEGARA Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berharap seluruh rakyat Malaysia akan bangkit bersama-sama untuk membe ...
Lebih 9,500 anggota FSF kawal keselamatan operasi tren haji MMMSL tahun iniTahap keselamatan di semua sembilan stesen termasuk depoh dan landasan tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMS ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disemb...
-
Para anggota Polis Bantuan yang bertugas dengan Rapid Ferry mendapat pujian daripada para pelanggan Feri Pulau Pinang, yang secara keseluruh...
-
http://pelikdunia.com/dajjal-akan-keluar-dari-iran-nabi-isa-akan-turun-dari-syria/ What Is Forex? The foreign exchange market is the "p...
Powered by Blogger.
0 comments
Post a Comment